GUA MUSANG: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau sedia menjadi saksi bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan sekiranya kerajaan negeri itu membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah.
Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata tawaran itu dibuat kerana beliau lebih mengetahui mengenai latarbelakang isu berkenaan berikutan pernah dilantik sebagai orang yang bertanggungjawab dan ditugaskan menubuh Petronas serta terbabit dalam penyediaan Akta Petroleum.
"Saya boleh jadi saksi mengenai perkara itu kerana Akta Petroleum yang dipakai sampai sekarang adalah adil untuk kerajaan negeri membuat tuntutan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Iba Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Chiku 2, dekat sini, hari ini.
Sebelum ini, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Royalti, Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri Kelantan akan membawa isu royalti minyak ke mahkamah pada 30 Ogos nanti.
Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.
Kerajaan pusat setakat ini telah menyerahkan wang ihsan sebanyak RM25 juta kepada Kelantan.
Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata, Akta Petroleum memberi hak kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak menuntut hak royalti minyak. - BERNAMA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
GEGAR ingin mengambil kesempatan pada Sidang DUN Negeri Kelantan 2010 bagi menyerahkan hasil Resolusi Himpunan 100,000 Rakyat yang dianjurkan oleh kami iaitu sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) yang telah mengadakan program pad 28 Januari 2010 bersamaan 14 Rabiul Awal 1431H (Khamis) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan. Selain itu peserta program Diskusi Royalti Minyak Mengikut Perspektif Undang-Undang pada 6 Mac 2010 bersamaan 20 Rabiul Awal 1431H (Sabtu) di Dewan Utama, Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan menyokong penuh usaha tuntutan kembalikan wang royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Melalui Himpunan dan Diskusi tersebut, GEGAR mewakili seluruh rakyat Kelantan telah secara sebulat suara bersetuju menyatakan pendirian kami iaitu:
1.Royalti Petroleum adalah Hak Rakyat Kelantan dan mesti dipulangkan kembali berasaskan segala fakta sejarah dan undang-undang iaitu Akta Kemajuan Petroleum 1974.
2.Perjuangan mendapatkan kembali Royalti Minyak adalah Perjuangan RakyatKelantan tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum.
3.Hanya Royalti ataubayaran tunaisahajayang tercatat dalam perjanjian di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974. Dari sudut undang-undang, Wang Ehsan, Dana Khas atau apa jua istilah lain bagi menggambarkan Royalti adalah tidak sah dan tidak boleh diterima sama sekali.
4.Kegagalan PETRONAS dan Kerajaan Persekutuan menyerahkan royalti atau ‘cash payment’5 peratus kepada Kerajaan Negeri sebanyak 2 kali setahun adalah satu pencabulan semangat federalisme (hubungan Federal dan negeri), Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian antara Negeri Kelantan dengan PETRONAS pada 19 Mei 1975.
5.Tindakan mana-mana pihak yang menafikan hak Royalti untuk Rakyat Kelantan adalah suatu kezaliman, penganiayaan, penindasan dan juga mencabuli perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan PETRONAS serta dikutuk di sisi agama dan bertentangan dengan nilai-nilai sejagat.
Dengan ini GEGAR mewakili rakyat Negeri Kelantan bertegas sekiranya wang royalti diperolehi, yang dianggarkan sebanyak RM400 juta setahun hendaklah digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi 3 fokus utama iaitu:
Kebajikan – RM200 juta
RM40 juta setahun untuk Tabung Warisan Masa Depan Bagi Seluruh Rakyat Kelantan
Bekalan Air Percuma Seperti Kerajaan Selangor
Rumah Percuma Untuk Fakir Miskin
Takaful Modal Insan Kepada SEMUA Bayi Yang Lahir Di Kelantan.
Elaun Warga Emas 60 tahun keatas
Tabung Penyakit Kronik
Skim Takaful Kifalah
Tabung Kebajikan OKU
Tabung Mas Kahwin
10.Tabung Kebajikan Armalah
11.Tabung Fakir Miskin
12.Sistem Kupon Makanan
13.Tabung Bantuan IKS
Kemudahan Awam – RM100 juta
Baikpulih Sistem Jalan Raya dan Perparitan
Tingkatkan Kualiti Bekalan Air
Pembangunan Modal Insan – RM100 juta
Biasiswa Pendidikan Tinggi
Tabung Kursus Kemahiran
Menubuhkan Akedemi Dakwah
Tabung Pendidikan Pelajar Miskin
Justeru itu, GEGAR mencadangkan agar Kerajaan Negeri menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas yang bertangungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memantau pengangihan Wang Royalti tersebut, agar wang tersebut dapat dirasai oleh Seluruh Rakyat Negeri Kelantan.
Sekian, terima kasih.
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat ( GEGAR )
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ialah sebuah badan bertindak yang mengabungkan lebih 50 buah badan-badan bukan kerajaan (NGO). Ia terdiri dari dua gabungan NGO induk iaitu Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT). Matlamat utama penubuhan GEGAR ialah bagi mendapatkan kembali hak royalti berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.