Sunday, June 20, 2010

MEMORANDUM HARAPAN DAN TUNTUTAN RAKYAT BERKENAAN PENGAGIHAN WANG ROYALTI KELANTAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

GEGAR ingin mengambil kesempatan pada Sidang DUN Negeri Kelantan 2010 bagi menyerahkan hasil Resolusi Himpunan 100,000 Rakyat yang dianjurkan oleh kami iaitu sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) yang telah mengadakan program pad 28 Januari 2010 bersamaan 14 Rabiul Awal 1431H (Khamis) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan. Selain itu peserta program Diskusi Royalti Minyak Mengikut Perspektif Undang-Undang pada 6 Mac 2010 bersamaan 20 Rabiul Awal 1431H (Sabtu) di Dewan Utama, Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan menyokong penuh usaha tuntutan kembalikan wang royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Melalui Himpunan dan Diskusi tersebut, GEGAR mewakili seluruh rakyat Kelantan telah secara sebulat suara bersetuju menyatakan pendirian kami iaitu:

1. Royalti Petroleum adalah Hak Rakyat Kelantan dan mesti dipulangkan kembali berasaskan segala fakta sejarah dan undang-undang iaitu Akta Kemajuan Petroleum 1974.

2. Perjuangan mendapatkan kembali Royalti Minyak adalah Perjuangan Rakyat Kelantan tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum.

3. Hanya Royalti atau bayaran tunai sahaja yang tercatat dalam perjanjian di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974. Dari sudut undang-undang, Wang Ehsan, Dana Khas atau apa jua istilah lain bagi menggambarkan Royalti adalah tidak sah dan tidak boleh diterima sama sekali.

4. Kegagalan PETRONAS dan Kerajaan Persekutuan menyerahkan royalti atau ‘cash payment’ 5 peratus kepada Kerajaan Negeri sebanyak 2 kali setahun adalah satu pencabulan semangat federalisme (hubungan Federal dan negeri), Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian antara Negeri Kelantan dengan PETRONAS pada 19 Mei 1975.

5. Tindakan mana-mana pihak yang menafikan hak Royalti untuk Rakyat Kelantan adalah suatu kezaliman, penganiayaan, penindasan dan juga mencabuli perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan PETRONAS serta dikutuk di sisi agama dan bertentangan dengan nilai-nilai sejagat.

Dengan ini GEGAR mewakili rakyat Negeri Kelantan bertegas sekiranya wang royalti diperolehi, yang dianggarkan sebanyak RM400 juta setahun hendaklah digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi 3 fokus utama iaitu:

  1. Kebajikan – RM200 juta

  1. RM40 juta setahun untuk Tabung Warisan Masa Depan Bagi Seluruh Rakyat Kelantan
  2. Bekalan Air Percuma Seperti Kerajaan Selangor
  3. Rumah Percuma Untuk Fakir Miskin
  4. Takaful Modal Insan Kepada SEMUA Bayi Yang Lahir Di Kelantan.
  5. Elaun Warga Emas 60 tahun keatas
  6. Tabung Penyakit Kronik
  7. Skim Takaful Kifalah
  8. Tabung Kebajikan OKU
  9. Tabung Mas Kahwin

10.Tabung Kebajikan Armalah

11. Tabung Fakir Miskin

12. Sistem Kupon Makanan

13. Tabung Bantuan IKS

  1. Kemudahan Awam – RM100 juta

    1. Baikpulih Sistem Jalan Raya dan Perparitan
    2. Tingkatkan Kualiti Bekalan Air

  1. Pembangunan Modal Insan – RM100 juta

    1. Biasiswa Pendidikan Tinggi
    2. Tabung Kursus Kemahiran
    3. Menubuhkan Akedemi Dakwah
    4. Tabung Pendidikan Pelajar Miskin

Justeru itu, GEGAR mencadangkan agar Kerajaan Negeri menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas yang bertangungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memantau pengangihan Wang Royalti tersebut, agar wang tersebut dapat dirasai oleh Seluruh Rakyat Negeri Kelantan.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat ( GEGAR )
www.royaltirakyat.blogspot.com
21 Jun 2010

No comments:

Post a Comment