Delegasi itu diketuai oleh Setiausaha GEGAR dan disertai oleh 3 orang AJK Pusat GEGAR yang lain. Pertemuan selama 3 jam itu bagi membicangkan tentang Akta Kemajuan Petronas 1974, Perjanjian Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan Petronas, Persempadanan laut, JDA, CAA dll.
Pada pertemuan tersebut YBM Tengku bersetuju untuk hadir ke program (comfirm) Ceramah Royalti Petroleum yang akan diadakan pada 28 Januari 2010 (Khamis) bertempat di Dewan Besar, Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu bermula jam 7 malam dimulakan dengan program solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isya berjemaah dan ceramah umum yang akan disampaikan sendiri oleh YBM Tengku.
Semua rakyat Kelantan adalah dijemput hadir beramai-ramai, tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum.
Terima kasih kepada YBM kerana sudi menerima kunjungan daripada wakil GEGAR ke rumah beliau dan sudi meluangkan masa bagi membincangkan hal0-hal berkaitan Royalti Petroleum.
Semoga hak rakyat Melayu Kelantan dan Terengganu dikembalikan. Yop dan Yong tumpang gumbira. Yop dan Yong tunggu royalti bijih timah...ada ke? Yop dan Yong kini tunggu 9/2/2010 kemenangan 4-1 Dato' Nizar. Kemaskini markas dan pejabat untuk pilihanraya negeri Perak....Daulat Tuanku, Sultan yang bijaksana. InsyaAllah.
ReplyDelete