Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 20 Mac: Kenyataan bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam yang menegaskan, pembayaran wang royalti atau wang ehsan dari Petronas perlu dibuat kepada kerajaan negeri bukannya pihak-pihak yang lain terus menekan Umno dan kerajaan negeri Kelantan menyambut baik kenyataan itu. “Bagi saya, kenyataan Tun Musa itu adalah satu pandangan yang baik,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Karnival Bola Sepak Terbuka Kelantan di Padang Perdana di sini pagi semalam. (Gambar: Ahmad bergambar dengan Datuk Anuar Musa (dua dari kanan) dan lain-lain pimpinan Kelantan) Tun Musa dalam wawancara yang disiarkan melalui Astro Awani menegaskan bahawa pembayaran wang royalti atau pun wang ehsan seharusnya diserahkan kepada kerajaan Kelantan untuk diuruskan selaras peruntukan undang-undang yang ada. Ini kerana, mengikut konsep persekutuan, tanpa negeri dimanalah persekutuan dan seluruh laut berdepan dengan sesebuah negeri dikira perairan negeri. Namun sehingga kini, Umno bertegas tidak mahu berbuat demikian dengan alasan ia perlu dibayar jika petrol itu diambil di atas tanah atau sehingga tiga batu nautika sahaja dari pantai Kelantan. Pun begitu, ia berubah setiap masa. sebelum ini, tidak ada minyak diperolehi di perairan Kelantan. Kemudian ia berubah dengan ada dan Kelantan akan menerima wang ehsan bukan royalti. |
Saturday, March 20, 2010
Bayar kepada kerajaan negeri: Kenyataan Tun Musa disambut baik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment