SHAH ALAM - Sokongan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Musa Hitam terhadap pembayaran royalti minyak atau wang ihsan kepada negeri melihatkan komitmennya memastikan kemelut isu tersebut ditamat segera.
Naib Presiden Pas, pendirian Musa itu selaras dengan Akta 144, Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri menguruskannya dan bukan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
“Saya bimbang pengurusan wang ihsan yang seharusnya digunakan untuk pembangunan rakyat itu akan terdedah kepada penyelewengan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
:Beliau mengulas kenyataan Musa yang berpendirian pembayaran wang royalti atau ihsan seharusnya diserahkan kepada Kerajaan Ngeri untuk diuruskan sebagaimana diperuntukkan mengikut undang-undang, bukannya dikendalikan oleh kerajaan pusat dengan mewujudkan jawatankuasa khas.
Menurutnya, pendirian Musa berhubung isu itu juga sealiran dengan Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.
Salahuddin ketika ditanya, sama ada Musa juga akan mengalami nasib yang sama dikritik parti seperti Tengku Razaleigh ekoran kenyataanya itu, beliau tidak menafikannya, namun, yakin Tan Sri berwibawa dan mampu mengatasinya.
“Beliau kini sebagai negarawan negara, tidak lagi melibatkan diri dalam politik. Hal ini tidak akan memberi kesan kepadanya,” katanya.
Kerajaan Kelantan tahun lalu menuntut royalti RM2 bilion hasil operasi cari gali minyak di perairannya daripada Kerajaan Pusat.
Namun, Kerajaan Pusat mendakwa Kelantan tidak layak menerima royalti berkenaan kerana dua telaga minyak berkenaan terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairannya.
Sebaliknya Kerajaan Pusat melalui perbincangan dengan Petronas memutuskan untuk membayar RM20 juta dalam bentuk wang ihsan kepada Kelantan iaitu lima peratus hasil pengeluaran gas di Blok Medan Bumi Selatan yang pembayaran itu akan dibuat sebelum akhir bulan ini.
Untuk tujuan itu Kerajaan Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kelantan.
Mesyuarat pertama jawatankuasa Khamis lalu memutuskan bahawa kumpulan pelajar miskin dan mereka yang ditimpa bencana akan turut dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan daripada dana wang itu.
Sumber: Sinar Harian

No comments:
Post a Comment