Saturday, March 20, 2010

Ceramah Umum: Minyak SABAH Milik Siapa? 4 April di Penampang, Sabah

Laporan: HALIK ZAMAN

SATU ceramah Perdana berhubung Royalti Minyak bertajuk ‘Minyak Sabah Untuk Siapa?’ akan di adakan pada 2 April 2010. Ceramah Perdana ini akan dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang dan juga Mantan Menteri Kewangan Malaysia yang diberi jolokan sebagai Pengasas Petronas.

Ceramah ini adalah merupakan anjuran bersama 10 NGO Sabah termasuk Persatuan Blogger Sabah dan United Sabah Dusun Association (USDA).

Semua rakyat Sabah, tidak kira apa fahaman politiknya dijemput hadir untuk mendengar dan berkongsi cerita sebenar di sebalik royalti minyak. Ianya amatlah penting kerana kita merupakan salah sebuah negeri pengeluar minyak dan Tengku Razaleigh merupakan mantan Pengerusi Petronas. Pasti banyak pengalaman dan cerita yang bakal kita kongsi bersama.

Ceramah Perdana tersebut akan diadakan pada 2 April 2010 (Jumaat) bertempat di Dewan Hongkod Koisaan (KDCA), Penampang bermula jam 8 Malam.

Dalam pada itu, satu mesyuarat pembentukan jawatankuasa khas yang terdiri dari NGO abah telah diadakan semalam untuk memastikan ceramah berkenaan mendapat sambutan dan rakyat Sabah mendapat maklumat berkaitan petroleum yang mereka mahukan selama ini tanpa melibatkan sebarang elemen politik.

Banyak perkara yang kita semua tidak maklum mengenai royalti minyak ini terutama Minyak Sabah Untuk Siapa?. Apakah faedahnya disalurkan kepada rakyat Sabah atau ‘mereka’ yang berkepentingan? Maka untuk mengetahui dengan sejelasnya, datanglah beramai-ramai ke Ceramah Perdana ini dan segalanya bakal terjawab dengan ceramah Tengku Razaleigh Hamzah

Sumber: Sabahkini.Net

No comments:

Post a Comment