GUA MUSANG – Sokongan yang diterima daripada pembangkang membuktikan mereka turut mahukan royalti petroleum yang sepatutnya diterima rakyat Kelantan bukannya lagi berpegang kepada pegangan politik semata-mata tetapi disebabkan oleh hak rakyat Kelantan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Chek Hashim Sulaima berkata, beliau bangga dengan sikap pemimpin Barisan Nasional yang berani tampil menyokong usul tuntutan royalti petroleum oleh Kerajaan Kelantan terhadap Kerajaan Pusat ke mahkamah.
Menurutnya, pada sidang DUN kelmarin, Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) menyokong usul untuk membawa isu tuntutan royalti petroleum.
“Saya rasakan sudah tiba masanya semua wakil rakyat daripada mana-mana parti yang ada pada hari ini dan mengetahui segala kebenaran dalam segala hal agar tampil mengetengahkan apa yang sebenarnya berlaku kepada rakyat supaya tidak timbul kekeliruan.
“Sebagai seorang pemimpin, saya kagum dengan apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) sanggup tampil memberikan penerangan kepada masyarakat Kelantan tentang isu royalti petroleum,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Chek Hashim berkata, beliau beranggapan Ku Li seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan menolak sentimen parti yang dibawanya semata-mata mahu mengetengahkan kebenaran.
Menurutnya, walaupun dia seorang Ahli Parlimen pembangkang, tetapi dia menolak pegangan politik demi mengetengahkan hak rakyat Kelantan.
“Pemimpin sebeginilah yang kita mahu kerana sanggup tampil walaupun menerima pelbagai kecaman pelbagai pihak, tetapi sanggup berbuat demikian atas dasar tanggungjawab.
“Pada saya, Ku Li bukan tampil memberikan penjelasan kerana beliau menyokong Pas ataupun pembangkang, tetapi disebabkan rasa tanggungjawab beliau kepada rakyat Kelantan memandangkan beliau tahu segala-galanya tentang perkara ini,”katanya.
Katanya, pemimpin yang ada pada hari ini tidak kira sama ada dari parti Pas, BN mahupun PKR harus mengambil contoh apa yang dilakukan Ku Li.
Menurutnya, pegangan politik mana-mana pemimpin politik mungkin tidak akan kekal lama memandangkan ‘lompat parti’ sudah tidak asing lagi dalam dunia politik hari ini.
“Kita tengok sahaja sekarang, pemimpin politik bebas melompat parti, tetapi sikap tanggung jawab seperti yang dilaksanakan Ku Li jarang dapat dilakukann oleh pemimpin parti politik lain.
“Tidak ada yang berani tampil mengetengahkan kebenaran biarpun mereka tahu akan kebenaran itu,”katanya.
Chek Hashim berkata, pemimpin yang sebenar adalah seorang pemimpin yang sanggup mengetengahkan kebenaran biar pun bakal menerima kecaman daripada pihak lain.
Sumber: Sinar Harian

No comments:
Post a Comment