KUALA TERENGGANU – Majlis Permuafakatan Rak-yat Terengganu (Mampat) dan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), melibatkan lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini dan Ke-lantan akan melancarkan kempen 10 Tahun Penafian Hak Royalti Terengganu, 18 Mac ini.
Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, pada masa sama pihaknya akan turut me-nganjurkan d Terengganu bersama Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sempena pelancaran itu di Masjid Tengku Tengah Zaharah dan di Terengganu Ekuestrian Resort (TER), di sini, bermula jam 8.30 malam.
Sehubungan itu, Mohamad Fauzi turut mengalu-alukan NGO lain khususnya di negeri ini untuk sama-sama memperjuangkan royalti minyak demi kepentingan pembangunan negeri ini.
“Kita harap mana-mana NGO walaupun ada yang tidak selari dengan perjua-ngan, (namun ia adalah) manfaat atas perjuangan rakyat. NGO sepatutnya bersama dengan kami, jika bersama ada manfaat, mungkin geran untuk NGO dipertingkatkan, itu benda yang tidak mustahil,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Program Dialog Perdana Ro-yalti Rakyat Terengganu bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan Pelancaran Kempen 10 Tahun Penafian Hak Royalti Terengganu, di TER, Kuala Ibai, semalam.
Menurutnya, Mampat dalam proses mendapatkan beberapa tokoh lain, antaranya bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan bekas Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican.
Pada majlis tersebut, Mampat akan turut melancarkan buku kompilasi Konvensyen Royalti yang diadakan pada Jun 2008.
Ditanya berhubung maklum balas daripada pihak Kerajaan Negeri, Mohamad Fauzi melahirkan rasa kesal dan keliru de-ngan pendirian pihak berkenaan terhadap isu royalti minyak.
Beliau yang mengakui tidak mendapat sokongan sepenuhnya berkata, pihaknya merancang mengadakan program itu di Stadium Tertutup sebelum ini tetapi kecewa apabila permohonan ditolak tanpa sebab dan turut dimaklumkan secara lisan bahawa ia melanggar polisi.
“Kita pun terkejut sedangkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menyatakan Kerajaan Negeri tidak akan menarik balik saman royalti dan Kerajaan Negeri mahu saman supaya wang royalti dikembalikan pada negeri ini.
“Perkara ini agak berlawanan dengan pentadbiran negeri, jadi Mampat tidak tahulah, sebenarnya Kerajaan Negeri nak atau tidak royalti ini,” katanya.
Dalam masa sama, pihaknya turut menolak pandangan sesetengah pihak yang melihat mereka kononnya berlagak hero sambil memberitahu Mampat berasa bertanggungjawab dan tiada sebarang kepentingan dalam perjuangan tersebut.
Sumber: Sinar Harian

No comments:
Post a Comment