Wednesday, February 24, 2010

Asas Tuntutan Bayaran Tunai Bagi Pengeluaran Petroleum Diluar Pantai Kelantan

*Versi Bahasa Malaysia
ASAS TUNTUTAN BAYARAN TUNAI BAGI PENGELUARAN PETROLEUM DI LUAR PANTAI KELANTAN

Akta Pembangunan Petroleum, 1974 ( "PDA"), yang mulai berkuatkuasa pada 1 Oktober 1974, membawa kepada tertubuhnya Petronas dan diserah hak petroleum yang didapati dan diperolehi di daratan atau luar pantai Malaysia kepada Petronas.

Di bawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974 (PDA), setiap daripada 13 Negeri di Malaysia telah menandatangani Perjanjian yang sama dan Geran Penyerah Hakkan pada tarikh yang berbeza dalam tahun 1975/1976 dengan Petronas bagi menyerah hak pemilikan masing-masing terhadap petroleum kepada Petronas dengan pertimbangan Petronas membayar kepada setiap Negeri di mana petroleum dihasilkan samada di daratan dan lautan dengan bayaran tunai dalam bentuk jumlah tahunan setara dengan 5% daripada nilai petroleum yang dihasilkan di mana-mana negeri yang berkenaan.

Kami tidak bersetuju dengan jawapan yang diberikan dalam iklan dibuat atas nama Kerajaan Persekutuan baru-baru ini. Jawapan kami terhadap soalan yang sama adalah sebagaimana berikut:-

1. Menurut Akta Pembangunan Petroleum1974, apakah istilah yang digunakan untuk pembayaran yang dibuat untuk pengeluaran minyak dan gas?

PDA, kesemua 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak menggunakan istilah "bayaran tunai kepada kerajaan negeri berkenaan”. Perkataan yang popular digunakan oleh semua pihak ialah "royalti". Namun, tidak ada yang berubah mengenai bentuk pembayaran iaitu bayaran tunai kepada kerajaan negeri.

2. Mengikut Perjanjian diantara Petronas dan kerajaan negeri dalam tahun 1975/1976, apakah syarat untuk mendapatkan hak 5% bayaran tunai kepada kerajaan negeri?

Istilah-istilah yang digunakan dalam PDA, 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak adalah "di daratan (On-Shore)" dan "luar pantai (Off-Shore)" untuk maksud petroleum yang dihasilkan di daratan dan di lautan. Tiada dinyatakan sama sekali samada di dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA), 13 Perjanjian dengan Negeri-negeri mahupun 13 Geran Penyerah Hak tentang sekatan hak setiap Negeri untuk menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantainya berdasarkan kepada jarak dari pantai.

Oleh kerana itu, baik PDA, 13 Perjanjian mahupun 13 Geran Penyerah Hak tiada menyekat pembayaran bayaran tunai bagi petroleum yang dihasilkan samaada 3 batu, 12 batu, 200 batu atau jarak lain daripada pantai kepada 13 negeri kerana jarak tersebut tidak dinyatakan sama sekali di dalam PDA, Perjanjian dengan Negeri-negeri dan Geran Penyerah Hak. Sebaliknya perkataan umum yang digunakan ialah ” Off-Shore”.

Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969 tidak terpakai kepada pemilikan petroleum, baik di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore). Ordinan ini juga tidak ada kaitan dengan kewajipan undang-undang oleh Petronas untuk membayar bayaran tunai kepada suatu Negeri samada petroleum dihasilkan di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore). Hanya Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) sahaja yang terpakai. Dengan demikian, Ordinan tersebut bukan perundangan yang relevan bagi perkara ini. Lebih spesifik, semua perjanjian antara negeri dan Petronas menyebut rujukan tunggal kepada seksyen 4 Akta PDA ;Apatahlagi apabila seksyen 13 Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979 menyebut bahawa Ordinan yang dihujahkan telah dimansuhkan sepertimana di bawah ;-

Akta 216 : Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979

13. (1) Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 adalah dengan ini dimansuhkan.

Perjanjian

” DAN BAHAWASANYA KERAJAAN dan PETRONAS adalah ingin hendak membuat suatu perjanjian menurut seksyen 4 Akta tersebut di atas berkenaan dengan pembayaran wang tunai yang akan dibuat oleh PETRONAS kepada KERAJAAN sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan – kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakhakkan seperti tersebut di atas mengenai petroliam ”

Seksyen 4 Akta PDA

Pembayaran wang tunai oleh Perbadanan

4. sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan – kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.

3. Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau kerajaan negeri lain di Semenanjung Malaysia mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai tersebut daripada Petronas?

Ya, asalkan petroleum dihasilkan di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore) Negeri yang berkenaan. Oleh yang demikian, pada bulan Mac 1978, Petronas memaklumkan Kerajaan Terengganu bahawa petroleum telah dihasilkan di medan minyak yang bernama Pulai yang terletak sekitar 150 kilometer dari pantai Terengganu. Pada Jun 1978, Petronas telah membuat bayaran tunai pertama kalinya kepada Terengganu bagi pengeluaran minyak luar pantai Terengganu (di Pulai). Selama 22 tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 1978 hingga Mac 2000, Petronas membuat bayaran tunai kepada Terengganu dua kali setahun di bawah PDA, Perjanjian dan Geran Penyerah Hak , meskipun minyak dihasilkan ratusan batu di luar pantai Terengganu. Hanya ketika PAS membentuk Kerajaan Negeri Terengganu selepas Pilihan Raya Umum pada November 1999, Petronas berhenti membuat bayaran tunai kepada Terengganu, walaupun Petronas masih lagi mengeluarkan minyak di luar pantai Terengganu tanpa membayar bayaran seperti sepatutnya dan diamalkan sebelumnya.

4. Apakah kedudukan di Sabah dan Sarawak mengenai isu pembayaran royalti?

Sehingga PDA mulai berkuatkuasa pada bulan Oktober 1974, asas perundangan bayaran royalti kepada Sabah dan Sarawak adalah undang-undang yang buat oleh pihak kolonial Inggeris. Setelah wujudnya PDA dan pembentukan Petronas, Sabah dan Sarawak diperlakukan dalam cara yang seragam sebagaimana 11 negeri yang lain di Semenanjung . Jadi, satu-satunya asas perundangan bayaran tunai kepada Sabah dan Sarawak sejak Oktober 1974, adalah PDA, 2 Perjanjian mereka dan 2 Geran Penyerah hak mereka. Kedua-dua negeri tersebut berada dalam kedudukan yang sama dengan Kelantan, Terengganu dan 9 negeri lain di Malaysia . Semua dilayan sama di bawah PDA untuk mengelakkan diskriminasi di antara 13 Negeri dalam Malaysia.

5. Apa yang dimaksudkan dengan bayaran "Wang Ehsan"?

Ini adalah label politik yang dicipta oleh kerajaan Mahathir pada tahun 2000 ketika mengarahkan Petronas untuk berhenti membuat bayaran tunai kepada PAS Terengganu selepas membentuk Kerajaan Negeri. Istilah "wang Ihsan" tidak mempunyai asas perundangan. Hal ini tidak ditemui di dalam PDA, 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak atau mana-mana Akta lain.

6. Mengapa Wang Ihsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk Kelantan hanya dalam jumlah RM20 juta?

Kami tidak dapat menjawab soalan ini kerana ini adalah jumlah yang sewenang-wenangnya dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan tanpa asas perundangan. Tuntutan kami bagi bayaran tunggakan adalah melebihi RM 2 bilion dan bayaran tahunan tidak kurang dari RM 600 juta.

7. Apa kedudukan kenyataan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalti yang harus dibayar untuk Kelantan berdasarkan pengeluaran petroleum diperolehi daripada di luar perairan negeri serta mempersoalkan pemberian Wang Ihsan?

Kami menyokong pernyataan awam baru-baru ini termasuk kenyataan terkini beliau bertarikh 22 Feb 2010. Pujian harus diberikan kepada Tengku Razaleigh atas penjelasan berasaskan kebenaran tersebut. Selaku Pengerusi Pertama Petronas, dan telah berjaya memujuk 13 buah negeri memeterai 13 Perjanjian atas nama Petronas dengan Kerajaan-kerajaan Negeri. Dia sangat fasih dan berautoriti dalam hal ini. Dia juga memperolehi kepercayaan dan keyakinan daripada Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia's Ke 2, dan arkitek polisi petroleum negara kita. Mengapa pandangan beliau diketepikan oleh orang-orang yang datang kemudian tanpa menghormati semangat asal akta dan perjanjian.

8. Adakah Ketua Pembangkang mengetahui mengenai kedudukan hak-hak kerajaan negeri dalam masalah ini?

Semua orang yang rasional dan matang faham kehendak sebenar undang-undang, termasuk YB Ketua Pembangkang Malaysia. Kerajaan Malaysia yang lebih mengutamakan kepentingan politik sempit sahaja yang berani mengelirukan rakyat terbanyak dengan putar belit seperti ini.

___________________________________________________________

*Versi Bahasa Inggeris

THE BASIS OF KELANTAN’S CLAIM FOR CASH PAYMENTS FOR PETROLEUM PRODUCED OFF-SHORE KELANTAN

The Petroleum Development Act, 1974 (“PDA”), which came into force on 1st October 1974, established Petronas and vested ownership in petroleum won and obtained on-shore or off-shore Malaysia in Petronas. Under the PDA, each of the 13 States of Malaysia signed identical Agreements and Vesting Grants at different dates in 1975/1976 with Petronas vesting their respective ownership of petroleum in Petronas in consideration of Petronas making to every State where petroleum is produced on-shore and off-shore cash payments in the form of a yearly sum equivalent to 5% of the value of petroleum produced on-shore and off-shore the State concerned.

We disagree with the answers given in the recent advertisement made on behalf of the Federal Government. Our response to the same questions are as follows:-

1. According to the Petroleum Development Act 1974, what is the term used for payment made for oil and gas production?

The PDA, the 13 Agreements and the 13 Vesting Grants all use the term “cash payments”. The popular word used by all concerned is “royalty”. However, nothing turns on the description of the payment.

2. According to the agreements between Petronas and the state government in 1975/1976, what are the requirements to entitle the state governments to the 5% cash payment?

The terms used in the PDA, the 13 Agreements and the 13 Vesting Grants are “on-shore” and “off-shore” to denote petroleum produced from land (on-shore) and from water (off-shore). Neither the PDA, the 13 Agreements nor the 13 Vesting Grants contain any limitation on the right of any State to receive cash payments for petroleum produced off its coast based on the length from the coast. Hence, neither the PDA, the 13 Agreements nor the 13 Vesting Grants restrict the payment of cash payments for petroleum produced 3 miles, 12 miles, 200 miles or any other distance from the coast of the 13 States because distance is not specified in the PDA, the Agreements and the Vesting Grants. Instead, the generic word “off-shore” is used.

The Emergency (Special Powers) Ordinance No. 1969 does not govern the ownership of petroleum, whether on-shore or off-shore. The Ordinance also does not deal with the legal obligations of Petronas to pay cash payments to a State where petroleum is produced on-shore or off-shore. Only the PDA does. Thus, the Ordinance is not the relevant law on the matter. Surprisingly when the said Ordinance has been repealed refered in section 13, Act 216: EMERGENCY (ESSENTIAL POWERS) ACT 1979 as below:


Act 216 : EMERGENCY (ESSENTIAL POWERS) ACT 1979

“13. (1) The Emergency (Essential Powers) Ordinance, 1969 is hereby repealed.”

More specifically, all agreements between the state and Petronas referred to a single reference that is section 4 of PDA;

The Agreements

“AND WHEREAS the GOVERNMENT and PETRONAS are desirous of entering into an agreement pursuant to Section 4 of the aforesaid Act regarding the cash payment to be made by PETRONAS to the GOVERNMENT in return for the ownership and the right, powers, liberties, and privileges vested as aforesaid in respect og petroleum;”

Section 4 PDA 1974.

Cash payment by the Corporation.

In return for the ownership and the rights, powers, liberties and privileges vested in it by virtue of this Act, the Corporation shall make to the Government of the Federation and the Government of any relevant State such cash payment as may be agreed between the parties concerned.”

3. Does the Kelantan State Government or any other state governments in Peninsular Malaysia have the right to claim from Petronas the said cash payment?

Yes, provided petroleum is produced on-shore or off-shore the State concerned. Thus, in March 1978, Petronas informed Terengganu that petroleum had been produced in the Pulai oil fields which is located about 150 miles from the coast of Terengganu. In June 1978, Petronas made the first ever cash payment to Terengganu for petroleum produced off-shore Terengganu (in Pulai). For 22 successive years, that is, from 1978 to March 2000, Petronas made cash payments to Terengganu twice a year under the PDA, the Agreement and Vesting Grant, although petroleum was produced hundreds of miles off-shore Terengganu. Only when PAS formed the State Government of Terengganu after the General Elections of November 1999 did Petronas cease making cash payments to Terengganu, although Petronas is still producing petroleum off-shore Terengganu without paying Terengganu for it.

4. What is the position of Sabah and Sarawak on the issue of royalty payment?

Until the PDA came into force in October 1974, the legal basis of royalty payments to Sabah and Sarawak were laws passed by the British colonial power. After the PDA’s enactment and the establishment of Petronas, Sabah and Sarawak are treated in an identical manner as the 11 Peninsular states. Thus, the sole legal basis of payment of cash payments to Sabah and Sarawak since October 1974, is the PDA, their 2 Agreements and their 2 Vesting Grants. They are in the identical position with Kelantan, Terengganu and the other 9 States of West Malaysia. All are treated equally under the PDA to avoid discrimination among the 13 States of Malaysia.

5. What is meant by the payment of “Wang Ehsan”?

This is a political label invented by the Mahathir administration in 2000 when it directed Petronas to cease making cash payments to Terengganu after PAS formed the State Government. The term “wang ehsan” has no legal basis. It is not found in the PDA, the 13 Agreements and the 13 Vesting Grants or any other acts.

6. Why is the Wang Ehsan offered by the Federal Government to Kelantan only in the amount of RM20million?

We cannot answer this question as it is a sum arbitrarily picked out by the Federal Government and without any legal basis. Our claim for payment of arrears is more than RM 2 billion and annual payments of not less than RM 600 million.

7. What is the position of the statement made by former Petronas Chairman, YB Tengku Razaleigh Hamzah that royalty should be paid to Kelantan based on the petroleum production obtained from outside the state waters as well as questioning the giving of the Wang Ehsan?

We support the recent public statement by YB Tengku Razaleigh Hamzah. Much weight must be given to Tengku Razaleigh as he was the first Chairman of Petronas, and signed the 13 Agreements on behalf of Petronas with each of the State Governments. He is very conversant with these matters. He also enjoyed the trust and confidence of the late Tun Abdul Razak, Malaysia’s 2nd Prime Minister, and the architect of our petroleum policy. Why ignored his views by those who came later without respecting the original spirit of the act and agreement.

8. Is the opposition leader informed of the position of the rights of the state governments in this issue?

Rational and mature people understand the actual fact of the law, including the Honorable Malaysia Opposition Leader. The Government of Malaysia who prefers the narrow political interests only has the courage to mislead people at large.

YB Dato Hj Husam Musa

Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan

23 Februari 2010 / 9 Rabiul Awwal 1431

*dibawah ini disertakan lampiran dokumen pembayaran "Royalti" kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang mengesahkan kewujudan pembayaran "royalti" sekaligus menafikan kenyataan Ahli Parlimen Jeli. (sila klik lampiran untuk imej besar dan jelas)

No comments:

Post a Comment