Thursday, February 11, 2010

Fakta Perundangan: 5% Wang Royalti Hak Negeri

FAKTA PERUNDANGAN:

Hasil Petroleum adalah suatu sumber baru yg bergantung kpd 3 Akta Parlimen iatu:

1. Akta Pelantar Benua 1963 (Continental Sheft Act 1963) - yg digunapakai oleh Kerajaan Pusat utk menafikan HAK Kelantan.

2. Akta Perlombongan Petroleum 1964(Petroleum Mining Act 1963)

3. Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Petroleum Develoment Act (PDA) 1974)

Tiap2 Akta ini mempunyai sejarahnya sendiri (jika nak saya boleh bgta), mengikut Akta 1 dan 2;

i. Mana2 sykt yg ingin mendapatkan lesen mencarigali minyak di dalam perairan negeri (3 batu nautika-onshore) perlu mendapat kebenaran drpd Kerajaan Negeri, mieskipun Konvensyen Geneva 1958 telah meluaskan kwsn perairan kpd 12 batu Nautika.

ii. Jika di luar kawasan 3 batu nautika (offshore), Lesen perlu dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Selepas berlaku pergolakkan Sarawak dengan Kuala Lumpur (Sarawak saman Malaysia sbb sblm ni Sarawak dapat royalti 100%, tetapi selepas akta diatas mereka TIDAK DAPAT ROYALTI ataupun MINYAK yg dikeluarkan sejak 1910, sbb kawasan telaga minyak lebih 3 batu nautika), maka sbgai jalan penyelesaian damai maka Allahyarham Tun Abdul Razak (ayah NAJIB) telah meminta Tengku Razaleigh Hamzah pergi berbincang dgn Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yaakob.

Penyelesaianya adalah dgn wujudkan Akta Kemajuan Petroleum 1974, dimana dengan wujudnya PDA 1974 segala lesen-lesen yg dikeluarkan dibawah Akta Perlombongan Pertroleum 1963 TERBATAL dengan sendiri selepas 6 bulan Akta Kemajuan Pertroleum 1974.

------Ringkasan daripada Kertas Kerja Tun Salleh Abas, Mantan Ketua HAKIM Negara semasa Konvensyen Royalti Petroleum 2008, Anjuran MAMPAT----

No comments:

Post a Comment