Tuesday, February 2, 2010

Gegar teruskan program perjelas isu royalti

KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah akan terus memberi penjelasan berhubung isu royalti petroleum Kelantan mengikut Akta Petroleum 1974 dan perjanjian yang ditandatangani dengan Petronas yang menetapkan pemberian lima peratus royalti daripada perolehan kasar bahan mentah itu kepada negeri berkenaan.

Pegawai Khas Tengku Razaleigh, Muhd Lukhman Ghani, berkata selepas program anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak Rakyat Kelantan (Gegar) bersama 52 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Stadium Sultan Muhamad Ke IV minggu lalu, beberapa lagi program seumpama itu akan diadakan pada masa terdekat.

“Mengikut perancangan, Gegar akan mengadakan program sama di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dijangka mendapat sambutan ramai pihak dan di Stadium Shah Alam.

Bagaimanapun, Majlis Tertinggi Umno dalam mesyuaratnya minggu lalu memutuskan akan meneliti laporan ucapan Tengku Razaleigh di Kelantan, berhubung persetujuannya mempengerusikan kaukus Petroluem yang dicadangkan pembangkang sebelum sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Muhd Lukhman berkata, Ahli Parlimen Gua Musang itu juga dijangka menjelaskan isu semasa lain berkaitan kedudukan ekonomi negara, rasuah dan isu lain untuk kebaikan rakyat.

Beliau berkata, tindakan Tengku Razaleigh memberi penerangan berhubung isu royalti itu kerana beliau berpendirian isu berkenaan tidak seharusnya dibawa ke mahkamah kerana banyak perkara yang tidak boleh diketengahkan kerana ia boleh dianggap penghinaan mahkamah.

Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment