Saturday, February 27, 2010

Fundamental Petroleum Kelantan



Jika ingin memahami situasi tuntutan royalti rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan, ada baiknya kita jelas mengenai perkara asas bersangkutan hasil petroleum, perjanjian yang termeterai melibatkan petroleum, gas dan sumber asli serta kecamuk politik yang telah mengakibatkan bertukarnya status royalti kepada wang ehsan.


Beberapa fakta penting yang rakyat Kelantan dan orang Malaysia perlu tahu adalah;

1. Malaysia memiliki hasil gas dan minyak di pesisiran pantai Laut China Selatan. Kawasan-kawasan tersebut melibatkan onshore dan offshore perairan-perairan pantai di beberapa buah negeri seperti Sabah, Kelantan dan Terengganu.


Kelantan, sebuah negeri yang berkeluasan lebih kurang 14,922 km persegi, berlokasi di timur Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan Negara Thailand juga memiliki persempadanan perairan luar pantainya (offshore).


Perkataan offshore yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang ditentukan dalam Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 bermaksud;


o Territorial sea iaitu 22km dari daratan

o Contagious zone iaitu 44km dari daratan

o Zon ekonomi eksklusif iaitu 370km dari daratan.

Oleh itu, sebarang hasil petroleum yang ditemui dan diperolehi di luar pesisir pantai (offshore) adalah milik salah satu daripada mana-mana 13 Negeri tersebut sehingga pemilikan diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Petronas mengikut perjanjian yang ditandatangani berdasarkan Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974.

2. Terdapat juga kawasan yan bertindih di antara Malaysia dan Thailand yang telah mengeluarkan minyak dan gas semenjak beberapa tahun. Kawasan ini dinamakan sebagai Joint Development Area.

Di kawasan JDA ini, kedua-dua negara bersetuju membangunkannya bermodelkan kawasan pertindihan Australia-Indonesia di mana mereka mengikut undang-undang yang digubal di parlimen masing-masing.


Malaysia telah menggubal akta Malaysia-Thailand Joint Authority Act 1990 untuk mentadbir kawasan JDA ini. Menerusi akta ini, Malaysia masih berkuasa penuh ke atas kawasannya di dalam JDA dan Perlembagaan Persekutuan masih menjadi Supreme Law.

Akta 440 ini juga menjamin hak Negeri Kelantan ke atas perairan tersebut sebagai sebuah negeri yang memiliki kawasan perairan di dalam JDA tersebut.

3. JDA (Joint Development Area-kawasan pertindihan Malaysia-Thailand) mempunyai keluasan 7250 km persegi dan terbahagi kepada tiga buah blok.


Jarak kawasan adalah daripada :


- Songkhla 260 km

- Pattani 280 km

- Kerteh 310 km

- Kota Bharu 150 km (Kota Bharu adalah yang terdekat)

Dianggarkan, kawasan JDA ini menjana pengeluaran gas sebanyak 790 juta kaki padu sehari, bersamaan 248 trillion kaki padu setahun, memberikan nilai melebihi RM 4 billion setahun. Manakala 23,000 tong minyak keluar dalam masa sehari.


4. Tertera di Akta 440 Bahagian IV:

PART IV

ROYALTY

Royalty

7. The Joint Authority shall pay to each of the Governments

royalty in the amount of five per centum of gross production of
petroleum, in the manner and at such times as may be prescribed by regulations.

PART V

FINANCIAL PROVISIONS

Cost, benefit and annual payment

8. (1) All costs incurred and benefits derived by the Joint Authority

from activities carried out in the Joint Development Area shall be
equally borne and shared by the Governments.

Malaysia-Thailand Joint Authority 11



(2) Until such time as the Joint Authority shall have sufficient

income to finance its annual operational expenditure, the Government

of Malaysia shall pay to the Fund such annual payments as may

be determined in accordance with the Agreement subject to equal

payments being made by the Government of the Kingdom of Thailand.

(Sumber: Parlimen Malaysia)



5. Namun, apa yang berlaku sekarang?

  • Setakat ini, terdapat juga blok yang bersempadan antara Negeri Kelantan dengan Negeri Terengganu telah mengeluarkan hasil. Namun, hanya Terengganu menerima bayaran royaltinya.
  • Kerajaan Malaysia juga cuba menafikan hak Kerajaan Kelantan dengan menimbulkan isu bahawa kawasan PM3 adalah kawasan bertindih di antara Malaysia dan Vietnam.
  • · Kawasan operasi gas asli di kawasan PM303 iaitu di Lawit dan Jerneh (antara Kelantan dan Terengganu) turut mengeluarkan hasil namun royaltinya hanya dibayar kepada kerajaan Negeri Terengganu.

Oleh : S. Najman

No comments:

Post a Comment