Friday, February 5, 2010

Mampat akan adakan gelombang kebangkitan rakyat

KUALA TERENGGANU – Majlis Permuafakatan Rak-yat Terengganu (Mampat) berkemungkinan besar akan mengadakan Gelombang Kebangkitan Rakyat sekiranya Kerajaan Pusat masih enggan menyerahkan lima peratus wang royalti minyak, masing-masing kepada Terengganu dan Kelantan.

Pengerusinya, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, royalti tidak boleh sama sekali ditukar ganti dengan Wang Ehsan sebagaimana yang disalurkan kepada negeri ini.

Beliau turut bimbang, perkara itu akan menggalakkan penyalahgunaan dan penyelewengan dari segi pengurusan kewangan sekiranya keadaan itu berterusan.

“Mampat bertanggungjawab dan akan mengikut sa-luran, kalau terpaksa tidak mustahil kita akan gerakkan ‘wave’ rakyat kerana ini hak rakyat bukan hak Mampat.

“Kita mahu ia diberi kepada Kerajaan Negeri untuk ditadbir sebab kita tidak mahu wang disalah guna sebagaimana berlaku apabila tidak masuk ke dalam akaun bersatu Kerajaan Negeri. Kita tidak mahu ia disalah guna,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, semalam.

Beliau turut meminta Kerajaan Pusat mengembalikan hak rakyat di kedua-dua negeri terbabit memandangkan kerajaan mampu melakukannya di negeri Sabah dan Sarawak.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan tindakan pemimpin UMNO yang mengakui memperjuangkan Melayu, namun tidak memberi hak sewajarnya kepada lebih 95 peratus Melayu di Terengganu dan Kelantan.

“Kalaulah dikatakan Kerajaan Kelantan tidak pandai mentadbir kerana di bawah pimpinan Pas, bagaimana pula di Terengganu? Adakah Datuk Ahmad Said juga tidak pandai mentadbir? Mampat harap Kerajaan Pusat kembalikan hak dan maruah rakyat Terengganu dan Kelantan,” katanya.

Selain itu, pihaknya menafikan bertindak atas tiket parti politik tertentu, seba-liknya pendirian yang bertentangan dengan Kerajaan Pusat hanyalah gerakan untuk memperjuangkan hak rakyat.

Beliau bagaimanapun mengakui tidak mampu mengawal pandangan segelintir pihak yang melihat kecenderungan badan bukan kerajaan (NGO) itu de-ngan Pas kerana menganggap orang Pas juga melihat kecenderungan mereka lebih kepada UMNO.

No comments:

Post a Comment